|
Jikalau dilakukan waktu
siang satu salam saja dan jika dilakukan waktu malam dua salam. Bilangan
solat tasbih adalah 4 rakaat. Diperintahkan bagi kita untuk mengerjakannya
setiap hari sekali, kalau tidak sanggup, satu kali dalam satu jumaat, atau
satu kali dalam sebulan, ataupun satu kali dalam setahun, jika tidak sanggup
juga, satu kali dalam seumur hidup!
Bacaan tasbih itu ialah
:

Lafaz Niat Solat Sunnat Tasbih
|
|
|
|
Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
Caranya ialah :
1. Setelah membaca doa iftitah dibaca tasbih 15 kali.
2. Setelah membaca fatihah dan surah 10 kali.
3. Ketika rukuk dan setelah membaca tasbih rukuk, dibaca 10 kali.
4. Semasa I'tidal dan setelah bacaan I'tidal 10 kali.
5. Sujud pertama dan setelah membaca tasbih sujud, dibaca 10 kali
6. Semasa duduk di antara dua sujud setelah membaca doa yang biasa di dalamnya,
dibaca 10 kali
7. Sujud kedua dan setelah membaca tasbih sujud, 10 kali.
Doa Sunat Sembahyang
Tasbih

"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana
orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana
amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang
yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku
bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai
ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang
takut kepada Engkau.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut
yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal
dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan
keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu
dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah
kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."
|