
“ mudah-mudahan
engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.
Disunatkan azan
dan Iqamah
Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi
cahata mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan
diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan
syaitan”
Melakukan azan dan iqamah
ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung
daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah,
kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini
akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia
yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan
jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.
Melakukan Tahnik
atau membelah mulut
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari
telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-
perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan
sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi
berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika
tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula
dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang
alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis
diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah
dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda
Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda
mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya,
kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku”
amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya
lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.
Mencukur rambut
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut
itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin,
jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur
ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh
menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu
sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan
daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari
sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan
kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur
bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur
sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan
ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan
Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku
adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala
dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan
suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan
sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.
Berkhatan
berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau
memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal
ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu
lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong
kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hukum berkhatan: terdapat
perbezaan pendapat,
a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat
hukumnya.
b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan
khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada
hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari
golongan dewasa”
Manakala waktu berkhatan
pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana
umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan
tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak.
Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan.
Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Baginda
Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan
keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).
Manamakan anak
Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak
kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang
bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering
dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.
Ditukil
dari buku Panduan Menyambut Kelahiran Bayi
Oleh Ja’far Al- Mathari Bin Abdul Rahman
Jasmin Enterprise |