Di dalam Islam, kita dianjurkan
supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita.
Ini kerana nama itu akanmenjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita
seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain
lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda
bermaksud:
"Sesungguhnya
kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."
(Riwayat
Abu Daud)
Dalam menamakan
anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak
sebagai berikut:
a. Hendaklah
nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan
dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk
yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan
anak tersebut.
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada
nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama
ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama
lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba
kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi
(hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan
sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir
atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.
Di bawah ada satu
senarai nama-nama untuk anak lelaki dan anak perempuan.
Nama-nama
untuk lelaki
Nama-nama
untuk perempuan
Ditukil
dari buku : Koleksi Nama-Nama Indah Dalam Islam
Ja'far Al-Matahari Bin Abdul Rahman |