|
|
|
PERSIAPAN
AWAL BERUMAH TANGGA
- Memilih Isteri dengan
baik
“ Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan
orang-orang yang ( berkahwin ) dari hamba-hambanya sahayamu yang lelaki
dan hamba-hambanya sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan
memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan, Allah Maha Luas ( pemberian-Nya)
lagi Maha Mengetahui”. (An-Nur : 32 )
Ciri – ciri isteri
Solehah yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasulullah saw:
1) Menjalankan Perintah agama, wanita yang cantik, yang kaya yang baik keturunannya
dan beriman.
2) Wanita Solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya
adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang
solehah.
3) Membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda “ Hendaklahnya
kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan
isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat.
4) Wanita Penyayang dan Berketurunan, Rasulullah saw bersabda “ Nikahilah
wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab
aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat”
Rasulullah saw menjelaskan jika wanita solehah adalah satu perkara yang membawa
kebaikan dalam hidup seorang lelaki, maka wanita yang buruk ( jahat ) adalah
salah satu dari empat perkara yang mendatangkan penderitaan, seperti yang
disebutkan dalam hadith sahih yang bermaksud: “ Di antara yang mendatangkan
kebahagian itu ialah perempuan solehah yang jika kamu melihatnya maka akan
membuatmu terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka
dia akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan diantara yang
mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap
buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu, dan jika kamu
meninggalkannya pergi maka kamu tidak akan merasa aman pada dirinya dan hartamu.
Berusaha memperbaiki
Isteri
Apabila isteri itu seorang yang solelah, maka itu merupakan kenikmatan dan
anugerah Allah. Tetapi, jika ia tidak solehah atau tidak baik, maka merupakan
kewajipan pemimpin rumah tangga untuk berusaha memperbaikinya. Perkara ini
boleh terjadi kerena beberapa sebab, diantaranya jika seorang lelaki mengahwini
wanita yang pada dasarnya tidak taat agama, kerana lelaki tersebut pada mulanya
tidak memberi keutamaan pada aspek keagamaan calon isterinya, atau ia menikahinya
dengan harapan dapat memperbaikinya kemudian, atau kerana desakan dan paksaan
keluarganya. Namun, ia hendaklah terlebih dahulu mengetahui bahawa yang memberi
hidayah itu Allah, dan Allahlah yang sebenarnya memperbaiki keadaan. Selain
dari mendidik suami hendaklah sentiasa berdoa semoga isteri mereka akan berubah
menjadi insan yang lebih baik dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah.
Untuk memperbaiki isteri ada beberapa cara:
1. Memberikan tumpuan untuk memperbaiki
cara peribadatannya kepada Allah Taala.
2. Berusaha memperbaiki aspek keimanannya, seperti:
a) menganjurkannya melakukan qiyamullail ( solat malam )
b) menganjurkan supaya rajin membaca Quran
c) menganjurnya untuk menghafal zikir-zikir dan doa-doa serta mengingatkannya
agar melakukannya pada waktu-waktu dan kesempatan-kesempatan yang di anjurkan.
d) Mendidiknya agar rajin bersedekah
e) Menyuruhnya agar membaca buku-buku leislaman yang bermanfaat
f) Menyuruhnya agar mendengar kaset-kaset keIslaman yang berfaedah, baik yang
berkenaan dengan ilmu pengetahuan mahupun pembinaan keimanan, serta terus
berusaha untuk menyediakan kaset-kaset tersebut.
g) Memilih sahabat-sahabat dari kalangan wanita-wanita yang beragama, dan
mengikat tali persaudaraan bersama mereka, sebagai teman berbincang dalam
kebaikan dan salint kunjung-mengunjungi dengan tujuan-tujuan yang bermanfaat.
h) Mencegahnya dari melakukan kejahatan dan menutup pintu-pintunya dengan
cara menjauhkannya dari bergaul dengan teman-teman yang buruk perangainya
dan menjauhi tempat-tempat kejahatan.
SUASANA RUMAH
TANGGA YANG DIBERKATI
Rumah sebagai tempat
mengingat Allah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “ Perumpamaan rumah yang dijadikan
tempat mengingat Allah dan rumah yang tidak dijadikan tempat mengingat Allah
adalah bagaikan perbezaan antara orang yang hidup dan orang yang telah meninggal.
Apabila rumah dijadikan tempat mengingat Allah, maka malaikat akan masuk ke
dalamnya dengan membawa rahmat dan berkat. Mengingat Allah dengan banyak membaca
Al- Quran, solat, zikir dan mengkaji ilmu agama dan membaca beraneka ragam
ilmu.
Selain itu rumah tersebut juga harus jauh dari kemaksiatan dan kemungkaran
dengan dipenuhi dengan gambar-gambar khurafat, patung-patung, lagu-lagu yang
mengkhayalkan dan minuman keras.
Rumah sebagai kiblat, tempat sujud dan ibadah kepada Allah Taala.
Ø Pendidikan keimanan terhadap Ahli Keluarga
a) menyuruh isteri solat malam
b) menyuruh isteri bersedekah
Jika ketua rumah tangga ingin menunjukkan teladan yang baik bagi anggota keluarganya
maka hendaklah ia berpuasa pada ayyamul baidh “ Hari-hari purnama”
( tanggal 13,14,15 ), puasa Isnin-khamis, puasa hari tasu’a ( tanggal
9 Muharram), puasa hari Asyura’ ( tanggal 10 muharram), puasa hari Arafah
( 9 zulhijjah ) dan banyak berpuasa pada bulan Muharram dan bulan Syawal,
sehingga keteladanan ini akan menjadi pendorong bagi ahli keluarga.
Ø Amalan sunnah dalam RumahTangga
a) Bacaan ketika masuk rumah, masuk ke rumah dengan menyebut nama Allah.
b) Doa ketika keluar rumah, keluar rumah dengan menyebut nama Allah dan membaca
doa.
c) Bersiwak, Rasulullah SAW apabila ingin masuk ke dalam rumah baginda akan
memakai siwak yaitu membersihkan gigi dengan kayu siwak.
Ø Mengusir syaitan dari dalam rumah
Rasulullah SAW bersabda: “ Janganlah menjadikan rumah kalian laksana
kuburan. Sesungguhnya syaitan itu akan pergi dari rumah yang dibacakan surah
Al-Baqarah di dalamnya.”
Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW menerangkan, “ bacalah surah
Al-Baqarah di dalam rumah kalian sebab syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah
yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya.
Mengenai keutamaan dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah itu, serta pengaruhnya
kerana membacanya di dalam rumah, baginda menyebutnya: “ sesungguhnya
Allah Taala telah menulis sebuah kitab dua ribu tahun sebelum Ia menciptakan
langit dan bumi, dan kitab itu berada di Arasy, dan Allah telah menurunkan
darinya dua ayat yang Allah jadikan sebagai penutup surah Al-Baqarah. Jika
kedua ayat tersebut tidak dibaca di dalam sebuah rumah selama tiga hari maka
ia akan didekati oleh syaitan.
MENGUTAMAKAN
PENDIDIKAN AGAMA
MENGAJARKAN HUKUM-HUKUM ISLAM
a) Melakukan solat di rumah
b) Bukan orang lain menjadi imam
c) Meminta izin, hendaklah orang Islam meminta izin sebelum memasuki mana-mana
rumah, dan janganla dia masuk kecuali dengan izin shahibu bait.
d) Tidak perlu meminta izin masuk ke rumah penginapan ( tamu )
e) Diizinkan makan di rumah para keluarga
f) Meminta izin masuk ke bilik istirihat ibu-bapa
g) Larangan membuang masa di rumah orang lain tanpa izin mereka
h) Menetap di rumah semasa iddah
i) Memisahkan tempat tidur bagi isteri yang nusyuz ( yang tidak taat padanya)
untuk memberi pengajaran supaya isteri tersebut berubah.
j) Tidak tidur malam sendirian di rumah, diriwayatkan oleh ibn Umar Rasulullah
SAW melarang orang bersendirian di dalam rumah kerana bahaya bagi dirinya,
larangan ini demi kemaslahatannya.
k) Tidak tidur di atas loteng yang tidak ada dindingnya, kerana jika orang
itu jatuh ke bawah lalu mati maka tidak ada orang yang dapat dipertanggungjawabkan
atas kematiannya.
l) Kucing tidak najis, dan Rasulullah SAW bersabda bahawa: “ kucing
tidak najis, dan termasuk binatang yang bolak-balik di hadapan kalian”.
SALING BERKOMUNIKASI DALAM KELUARGA
v Menyediakan masa bersama untuk
ahli keluarga, Allah menerangkan di dalam Al-Quran, “ sedang urusan
mereka ( diputuskan ) dengan musyawarah antara mereka…..”
v Menyembunyikan perselisihan keluarga di hadapan anak-anak
v Tidak menerima tetamu yang tidak disukai
v Mengawasi aktiviti-aktiviti keluarga, siapa teman mereka, apa yang dibawa
masuk ke dalam rumah, apa yang terdapat di dalam bilik mereka dan ke mana
anak-anak pergi dan dengan siapa mereka pergi.
MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA ANAK-ANAK
Ø Hafalan Al-Quran dan kisah-kisah
dalam Islam
Tidak ada yang lebih baik bagi seorang bapa selain membacakan ayat-ayat Al-Quran
kepada anak-anaknya dan menerangkannya secara sederhana, serta memberi hadiah
apabila mereka menghafalnya. Anak-anak dapat menghafal surah yang sering dibaca
oleh bapanya misalnya, apabila sering diadakan majlis ta’lim dirumah
pada setiap jumaat dan pada majlis itu sering dibaca surah Al- Kahfi maka
tidak mustahil anak itu dapat menghafal surah tersebut dengan cepat. Sering
menceritakan pada anak-anak kisah-kisah nabi, kisah teladan dan pahlawan –pahlawan
Islam. Mengajar anak-anak zikir dan doa-doa harian yang dapat diamalkan oleh
anak-anak seharian dan yang paling utama sekali bapa harus menunjukkan contoh
yang baik supaya dapat diikuti olah anak-anak.
Ø Memperhatikan sahabat anak-anak
Ø Menyediakan permainan yang bermanfaat
Ø Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan
Ø Akrab dan lemah lembut terhadap anak-anak
Ø Displin waktu tidur dan makan
Ø Menilai pekerjaan wanita di luar rumah, dengan memastikan bahawa
isteri dan anak-anak mempunyai pekerjaan dan halal di sisi agama
Ø Menjaga rahsia rumah-tangga
a) Tidak menyebarkan rahsia hubungan suami-isteri
b) Tidak menyebarkan perselisihan-perselisihan yang terjadi antara suami-isteri
c) Tidak membongkar apa saja yang bersifat peribadi, sekiranya dibongkar di
hadapan orang lain akan menimbulkan mudharat bagi rumahtangga atau salah seorang
ahlinya.
KEPERIBADIAN DALAM RUMAHTANGGA
ü Bersikap lemah lembut terhadap ahli keluarga
ü Membantu menyelesaikan pekerjaan rumah
ü Bermesra dengan keluarga
ü Mencegah Akhlak tercela di dalam rumah seperti dusta, ghibah ( memperkatakan
keburukan orang lain) namimah dan sebagainya.
ü Menggangtungkan cabuk pada tempat yang dapat dilihat oleh anggota keluarga,
sebagai amaran bahawa apabila ada diantara anggota keluarga yang melakukan
kesalahan berat maka mereka akan dihukum.
MENGHINDARI KEMUNGKARAN DI DALAM
RUMAH
1) Berhati-hati, jangan sampai kerabat yang bukan mahram masuk ke dalam rumahnya
yang ada wanita di dalamnya pada waktu ketiadaan suaminya.
2) Memisahkan para lelaki dan wanita ketika melakukan kunjungan keluarga
3) Bersikap waspada pada pemandu dan pembantu rumah
4) Usirlah pondan dari rumah anda
5) Berhati-hati pada bahaya Tv dan video
6) Berhati-hati pada bahaya telefon
7) Wajib menghilangkan segala bentuk symbol keagamaan orang-orang kafir dan
agama batil dari dalam rumah
8) Menghilangkan gambar-gambar yang bernyawa
9) Laranglah merokok di rumah anda
10) Hindari jangan sampai anda suka memelihara anjing di rumah
11) Menghindari mengukir atau menghiasi rumah sehingga menyerupai rumah orang
kafir.
MEMILIH LOKASI DAN SUASANA KEDIAMAN
Memilih lokasi rumah dengan baik
a) lokasi rumah
Sebaiknya, lokasinya dekat dengan masjid. Dalam hal ini, terdapat berbagai
faedah yang amat besar nilainya, dengan mendengar azan, maka akan memudahkan
bagi kaum lelaki pergi solat berjemaah, bagi wanita mudah ke majlis ilmu dan
bagi kanak-kanak pergi ke kelas Al-Quran. Hendaklah rumah itu tidak berada
pada bangunan yang ada kefasikan, atau berada pada kompleks perumahan yang
ada padanya orang-orang kafir dan didalamnya terdapat kolam renang yang akan
berkumpul lelaki dan perempuan. Kemudia rumah tidak terbuka, kalau pun terjadi
demekian maka hendaklah dibuat tabir atau dengan meninggikan tembok.
b) suasana di dalam rumah, hendaklah diperhatikan kemungkinan memisahkan antara
lelaki dan perempuan dengan memasuki pintu yang berlainan. Jika hal ini tidak
ada memadai dengan memasang pemisah dengan kain.
Memilih tetangga dahulu sebelum memilih rumah
Rasulullah Saw telah memberitahu mengenai empat perkara yang dapat mendatangkan
kebahagian, lalu baginda menyebut hal itu, dan di antaranya ialah al-jar ash-shalih
tetangga yang soleh. Juga baginda memberitahukan empat perkara yang dapat
mendatangkan keburukan di antaranya ialah al-jar as-su’ tetangga yang
jahat.
menyediakan kemudahan untuk ahli keluarga, kemudahan perabot di rumah dan
keselesaan di rumah.
mengutamakan kesihatan ahli keluarga
Rasulullah SAW apabila salah seorang dari keluarganya mengalami sakit, baginda
menghembuskan berbagai bacaan ta’awwudz ( meminta perlindungan ) kepadanya.
Ditukil
dari buku “ RumahTangga Idola”
Oleh Muhammad Al-Munajjid
Darul Nu’man |
|