Disebut sebagai Al Masiratul Mukaddisah yang bermakna Perjalanan Suci adalah cara hidup kami.

Perjalanan suci adalah perjalanan seorang hamba dalam memperbaiki diri sehingga dapat mencapai taraf yang lebih baik dalam hidupnya, kerana orang-orang yang baik disisi Allah Taala adalah orang-orang yang bertakwa. Kami menyediakan buku perjalanan suci yang diharap dapat membantu jemaah umrah dalam mencapai visi ini, buku ini ada menyediakan beberapa perkara yang diharap dapat membantu para jemaah membina sebuah keluarga Islamiyah yang bahagia dan diredhai oleh Allah Taala, yang mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Tanpa melupakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di dunia yang harus bekerja untuk menyara hidup kita dan keluarga, kerana Islam melarang umatnya meminta-minta, tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima.

Perjalanan suci juga akan menyediakan khidmat-khidmat yang diharapkan dapat menolong umat Islam mencapai visi diatas yaitu sebuah keluarga Islamiyah yang beriman dan bertaqwa. Diantara khidmat yang disediakan ialah Aqiqah, nazar dan sedekah.Perbankan Islam, Takaful, wasiat dan juga informasi-informasi semasa tentang cara hidup Islamiyah dan juga ruangan kemusykilan agama. Semoga Perjalanan Suci dapat memberi manfaat kepada umat Islam. Insyah Allah.

Projek PS ini adalah sebuah projek kebajikan yang dibuat oleh pihak Shahidah untuk masyarakat Islam di Singapura khasnya, dan untuk seluruh masyarakat. Islam di serata dunia amnya. Projek ini bertujuan membantu masyarakat Islam mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk kehidupan seharian mereka dan panduan-panduan yang baik untuk menjana keluarga Islamiyah yang sejati.

Semoga lelaman PS ini dapat membantu umat Islam mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Sekian wasalam,
Hj Ayoob Angullia
Pengarah Shahidah