|
Jika boleh, hendaklah
ia bersuci (berwudhuk) di rumahnya kerana itu adalah lebih afdhal (bukan di
masjid).Hendaklah ia bersuci dengan cara yang paling sempurna, cukup peraturan
dan sunatnya.
|
|||
|
Artinya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutunya bagiNya, dan aku naik saksi bahawa (Nabi) Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya. Ya Allah jadikanlah aku daripada golongan hamba-hambaMu yang bertaubat, dan jadikanlah aku daripada golongan hamba-hambaMu yang selalu bersuci, dan jadikanlah aku daripada golongan hamba-hambaMu yang saleh. Maha suci Engkau Ya Allah dengan segala kepujianMu, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, Aku meminta ampun kepadaMu dan bertaubat kepadaMu. Selawat dan salam daripada Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. |
|||