|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang dibaca pesakit dan dibacakan
padanya dan ke atasnya dan bertanya tentang keadaannya
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
- Diriwayatkan daripada
Siti Aisyah r.a bahwa Rasulullah s.a.w apabila hampir ke tempat tidurnya,
beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu menghebuskan kepadanya
seraya membaca:
a) Surah Ikhlas
b) Surah Falaq
c) Surah Nas
Kemudian menyapu kedua telapak tangan tadi keseluruhan badannya, yakni mana
yang tersampai, dimulakan dari kepala dan wajahnya dan mana yang sampai dari
badanya, dibuatnya begitu sampai tiga kali. Berkata Aisyah lagi: Apabila beliau
sakit disuruhnya aku membuat semacan itu kepadanya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Kami meriwayatkan
Daripada Siti Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w apabila ada orang yang mengadu
sakit, ataupun ada tumbuh bisul atau ada tanda luka, beliau meletakkan hujung
jari telunjuknya ke bumi, sebagaimana yang diberitakan oleh Sufyan bin Uyainah
perawi Hadis ini, kemudian diangkatnya seraya mengucapkan:
Artinya: Dengan nama Allah, tanah bumi kita, dengan air ludah sesama
kita, sampai sembuh pesakit kita, dengan izin Tuhan kita.
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud dan lain-lain)
- Dalam riwayat lain: Adalah Rasulullah s.a.w. seringkali menjampi dengan
mengucapkan:

Artinya: Lenyapkanlah kepayahan daripadanya, duhai Tuhan manusia! Di
tanganMulah penyembuhan itu, tiada yang dapat melenyapkan penyakit itu melainkan
Engkaulah saja!
-
Kami meriwayatkan daripada Anas r.a. bahwa dia telah berkata
kepada sahabat Tsabit r.a. Mahukah engkau, aku menjampimu dengan jampian
Rasulullah s.a.w? Jawab Tsabit: tentu sekali! Maka Anas pun membacakan
jampiannya begini:
Artinya: Ya Allah, Tuhan manusia, wahai Tuhan yang menghilangkan kepayahan!
Sembuhkanlah dia kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan
Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. (Riwayat
Bukhari)
- Kami meriwayatkan daripada Usman Bin Abul-Ash r.a. bahwa dia pernah mengadukan
suatu penyakit yang menimpa dirinya kepada Rasulullah s.a.w., maka beliau
pun mengatakan: Letakkan tanganmu di tempat yang kau rasakan sakit pada
badanmu, kemudian bacalah: Bismillah sebanyak (3 kali), lalu ucapkanlah
doa ini sebanyak 7 kali:

Artinya: Aku berlindung diri dengan keperkasaan Allah dan kekusaanNya
daripada bahaya yang aku temui dan aku takut.
- Kami meriwayatkan dengan isnad yang sahih daripada Ibnu Abbas r.a. daripada
Nabi s.a.w. beliau bersabda: Barangsiapa yang menziarahi pesakit yang belum
tiba ajalnya, lalu dia mengucapkan doa ini sebanyak (7 kali):

Artinya: Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik arasy yang
agung, mudah-mudahan Dia menyembuhkanmu! – melainkan Allah s.w.t.
akan menyembuhannya daripada penyakit itu.
- Kami meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. dia berkata: Telah bersabda
Rasulullah s.a.w :
Artinya: “ kesempurnaan ziarah pesakit, iatu hendaklah seseorang
kamu meletakkan tangannya ke atas dahi pesakit, atau pada tangannya, lalu
menanyakan keadaannya, bagaimana dia?!”
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang diucapkan si pesakit
kepala atau demam atau selainnya daripada penyakit
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar
para sahabat doa untuk menghilangkan derita sakit dan daripada sakit demam
panas, beliau membaca:

Artinya: Dengan nama Allah yang Maha Agung, kami berlindung diri dengan
Allah yang Maha Agung, daripada keluhan urat yang berbisa, dan daripada penderitaan
panas sakit yang membakar.
Hendaklah membacakan (1) Al-Fatihah
ke atas dirinya sendiri bila sakit dengan:
(2) Al-Ikhlas
(3) Al- Mu’awwidzatain
Kemudian ditiupkannya pada kedua belah tanganya serta menyapukan ke seluruh
badannya, seperti yang telah disebutkan terdahulu dari ini. Kemudian hendaklah
dia berdoa untuk menjauhkan bencana dari dirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Makruh mencita-citakan mati kerana
sesuatu bahaya yang menimpa diri
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mencita-citakan
mati kerana sesuatu bahaya yang menimpa diri adalah makruh hukumnya, tetapi
jika ia takut fitnah terhadap agamanya, Maka mencita-citakan yang demekian adalah
harus hukumnya.
Diriwayatkan daripada
Anas r.a katanya: telah bersabda Nabi s.a.w. Jangan sekali-kali seseorang
kamu menginginkan mati kerana sesuatu bahaya yang menimpanya, dan kalau pun
dia terpaksa melakukannya, maka hendaklah dia mengatakan:
Maksudnya: Ya Allah, ya Tuhanku! Hidupkanlah aku selama kehidupanku baik
bagi diriku, dan wafatkanlah aku apabila wafat itu baik bagi diriku!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Membolehkan seseorang berdoa
supaya matinya di tanah suci
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Diriwayatkan daripada
Ummul – Mukminin Hafshah binti Umar r.a. dia berkata: telah berucap
Umar r.a.:

Yakni: Ya Allah, ya Tuhanku! Kurnikanlah aku mati syahid pada jalanMu,
dan biarlah kematianku berlaku pada negeri RasulMu s.a.w.!- Maka berkata Siti
Hafshah kepada ayahnya: Apakah ini boleh berlaku? Jawab Umar: Jika dikehendaki
Allah, semuanya akan berlaku!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anjuran melunakkan hati pesakit
dengan kata-kata yang menghiburkan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Diriwayatkan daripada Abu sa’id Al-Khudri r.a katanya: telah bersabda
Rasulullah s.a.w:

“ Jika kamu datang menjenguk orang sakit, hendaklah kamu melapangkan
dirinya darihal ajalnya, kerana yang demekian itu tiada mengubah sesuatu (yang
sudah ditakdirkan baginya), tetapi itu akan melunakkan hatinya. (Riwayat Termizi
dan Ibnu Majah dengan Isnad dhaif)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Memuji pesakit tentang amalan-amalannya
yang baik dan sebagainya
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apabila
terdapat kebimbangan pada diri pesakit, bolehlah dipuji tentang amalan-amalannya
yang baik untuk menghapuskan perasaan bimbang itu daripada dirinya, dan supaya
menimbulkan perasaan sangka baiknya terhadap Tuhannya s.w.t.
Diriwayatkan daripad Ibnu Abbas
r.a.bahawa dia pernah mengatakan kepada Saiyidina Umar bin Al-Khattab r.a.
ketika dia ditikam oleh Abu Lu’lu’ah (orang majusi dari Iran)
dan kelihatanya dia sangat mengeluh. Berkata Ibnu Abbas: Wahai amirul Mukminin!
Jangan Engkau ingat apa-apa! Engkau telah bersahabat dengan Rasulullah s.a.w
dan engkau telah memperelokkan persahabatanmu dengan beliau, kemudian beliau
telah meninggalkanmu sedang beliau ridha dengan apa yang engkau lakukan. Kemudian
engkau telah bersahabat dengan kaum muslimin, dan engkau telah memperelokkan
persahabatanmu dengan mereka, maka jika engkau meninggalkan mereka pun, engkau
akan meninggalkan mereka sedang mereka ridha dengan segala perbuatanmu itu……
dan seterusnya. Umar menjawab: memang itu semua daripada kurniaan Allah Ta’ala. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang dikatakan untuk membuka
selera pesakit
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
- Diriwayatkan daripada Anas r.a. dia berkata: sekali peristiwa datang Nabi
s.a.w. kepada seorang lelaki yang sedang sakit, lalu beliau bertanya: Apakah
engkau perlu apa-apa? Engkau hendak makan kuih? Orang itu menjawab: Saya,
wahai Rasulullah s.a.w. Maka beliau pun memintakan kuih untuknya (Riwayat
Ibnu Majah dan Ibnus-Sunni dengan isnad dha’if)
- Diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir, dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w
pernah bersabda:

Artinya: “ Jangan kamu memaksa pesakit-pesakit kamu untuk makan,
kerana sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum.”
(Riwayat Termizi dan Ibnu Majah- berkata Termizi Hadis hasan)
|
|
|
|
|
|
|
Para pengunjung kepada pesakit
memohon doa daripadanya
|
|
|
|
|
|
|
Diriwayatkan daripada
Maimun bin Mahran daripada Umar bin Al-Khattab r.a. dia berkata: telah bersabda
Rasulullah s.a.w. :

Artinya: “ Jika engkau datang menjenguk pasakit, maka mohonkanlah
dia berdoa untukmu, kerana doanya sama seperti doa para Malaikat.”
(Riwayat Ibnu Majah dan Ibnus – Sunni dengan isnad sahih) |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang disebut oleh orang
yang tidak ada harapan untuk hidup terus
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a. dia berkata: Saya menyaksikan hari-hari
terakhir Rasulullah s.a.w. sedang beliau menghadapi maut, dan di tangannya
ada sebuah bekas air, beliau mencelupkan tangannya ke dalam bekas air itu,
kemudian disapukan air itu ke wajahnya seraya mengucapkan:

Yakni: Ya Allah, ya Tuhanku! Bantulah aku untuk menghadapi kepayahan-kepayahan
maut dan sakaratul-maut.
§ Dianjurkan supaya
dia memperbanyak membaca Al-Quran dan membawa zikir dan wirid. Makruh dia
mengeluh, berkelakuan buruk, memaki- maki orang, bertengkar dan bergaduh pada
hal-hal yang tiada berkaitan dengan urusan agama.
§ Mensyukuri Allah Ta’ala dengan hatinya dan lisannya, serta mengingat
bahwa masa itu adalah detik-detik terakhir dari hayatnya di dunia ini, agar
di dapat mengakhiri hayatnya di dunia ini dengan membuat perkara-perkara yang
baik.
§ Mengembalikan hak-hak orang kepada orang empunyanya: seperti amanah,
wadi’ah dan pinjaman.
§ Meninggalkan pesanan tentang urusan anak-anaknya jika mereka tidak
mempunyai datuk.
§ Selalu mengingatkan dirinya dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang
menyimpulkan harapan kepada Allah, dan dia membacanya dengan suara-suara yang
perlahan-lahan ataupun disuruhkan orang lain membacanya dan dia mendengarnya.
§ Hendaklah dia berusaha mengakhiri detik-detik umurnya itu dengan membuat
hal-hal yang sempurna.
§ Bersabar atas sakitnya
§ Berbelas kasihan kepada orang-orang yang ditinggalkannya seperti anak
yang kecil, pembantu, jariah dan selainnya.
§ Berpesan untuk meninggalkan apa yang biasa dibuat dari berbagai-bagai
bid’ah pada ketika ada jenazah di rumah dan diambil janji tidak akan
melakukannya.
§ Dianjurkan supaya dia mengatakan kepada mereka dari masa ke masa kata-kata
ini: Bila kamu mendapati aku mencuaikan sesuatu, maka hendaklah kamu mengingatkan
aku tentang kecuaianku.
§ Dan apabila menghadapi nazak hendaklah memperbanyak membaca: Laa Illaaha
Illallaah! Supaya menjadi kalimat yang terakhir diucapkan ialah kalimat itu,
kerana kami telah meriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal, dia berkata:
telah bersabda Rasulullah s.a.w. :

Artinya: Barangsiapa penghabisan bicaranya kalimah Laa Ilaaha Illallaah,
niscaya akan memasuki syurga”
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang patut dikatakan sesudah
memejamkan mata si mayat
|
|
|
|
|
|
|
|
Diriwayatkan daripada Bakar Bin Abdullah, seorang tabi’in yang mulia,
dia berkata: apabila engkau memejamkan mata si mayit bacalah:

Yakni: dengan nama Allah dan di atas kepercayaan Rasulullah s.a.w!- Dan
jika engkau mengangkatnya bacalah Bismillah lalu bertasbihlah selama engkau
masih mengangkatnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang patut diucapkan pada
si mayit
|
|
|
|
|
|
- Diriwayatkan daripada Ummi Salamah r.a. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda:

Artinya: “ jika kamu menziarahi pesakit atau orang yang mati, maka
hendaklah kamu mengatakan yang baik, kerana para Malaikat mengaminkan apa
yang kamu ucapkan itu.”
- Ummi Salamah r.a.
meneruskan bicaranya: Apabila Abu Salamah meninggal dunia, aku segera datang
kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Abu
Salamah telah meninggal dunia. Beliau lalu mengajarku katanya, ucapkanlah:

Yakni: Ya Allah, Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan dia, dan gantikanlah
dia buatku dengan gantian yang baik! – maka aku pun mengucapkannya seperti
yang diajarkannya, lalu Allah telah menggantikan dia buatku dengan orang yang
lebih baik daripadanya ( Abu Salamah), iaitu dengan Muhammad s.a.w (Riwayat
Muslim)
|
|
|
|
|
|
Apa yang diucapkan tuan rumah
yang di rumahnya ada mayat
|
|
|
|
|
|
|
Diriwayatkan daripada
Ummi Salamah r.a dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada
seorang hamba yang ditimpa suatu musibah, lalu dia mengucapkan:

Maksudnya: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah nanti
kita akan kembali. Ya Allah, ya Tuhanku! Berilah aku pahala kerana musibah
yang menimpaku ini dan gantikan aku apa yang lebih baik daripadanya! –
melainkan Allah Ta’ala akan memberikan pahala atas musibahnya itu dan
menggantikan buatnya apa yang lebih baik daripadanya.
Berkata Ummi Salamah seterusnya: Apabila Abu Salamah (suaminya yang pertama)
meninggal dunia, aku mengucapkan seperti apa yang diajarkan oleh Rasulullah
s.a.w. Maka Allah telah mengantikan buatku apa yang lebih baik daripada Abu
Salamah. Iaitu Rasulullah s.a.w. |
|
|
|
Apa yang diucapkan bila
menerima berita kematian sahabat
|
|
|
|
|
|
|
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata: telah bersabda Rasulullah
s.a.w. : kematian itu menakutkan, maka apabila seseorang kamu mendapat berita
kematian saudaranya, hendaklah dia mengucapkan:

Maksudnya: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita
akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah,
ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan
jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi,
dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan
janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi
kami sesudah kepergiannya!
|
|
|
|
|
|
Haram melolong ke atas
mayat dan mengucapkan cara Jahiliah
|
|
|
|
|
|
Seluruh
Ummat sepakat mengharamkan menangis dengan melolong ke atas mayat dan menarik-narik
suara seperti dilakukan oleh orang-orang zaman jahiliah, serta menjerit-jerit,
tanda tidak rela atas kematiannya dengan mengucapkan kata-kata yang menunjukkan
putus asa.
Kami meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. dia berkata: Telah
berkata Rasulullah s.a.w:

Artinya: “ Bukanlah daripada golongan kami sesiapa yang menampar-nampar
pipi, mengoyak-ngoyakkan pakaian serta berteriak dengan teriakan kaum jahiliah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Adapun hadis-hadis sahih yang memberitakan
bahwa si mayit akan disiksa kerana tangisan kaum keluarganya ke atasnya, bukanlah
maksudnya pada maknanya yang zahir dan tidaklah mutlak, tetapi dia mesti ditakwilkan.
Berkata para sahabat kami: Menangis sebelum mati dan sesudahnya adalah harus
(boleh), tetapi sebelumnya adalah lebih utama, kerana ada sebuah hadis sahih
yang bermaksud: Apabila telah datang kematian janganlah hendaknya ada yang
menangis lagi!
Imam syafi’I rahimahullah
dan para sahabatnya telah menaskan bahwa tangisan sesudah mati itu adalah
makruh tanzih (makruh yang dilarang) dan tidak haram. Mereka mentakwilkan
maksud Hadis yang berbunyi “ janganlah hendaknya ada yang menangis lagi”
sebagai makruh hukumnya saja.
Ditukil dari kitab kumpulan
doa dan zikir
“ Al-Adzkar”
Oleh Imam Nawawi
Terjemahan Syed Ahmad Semait
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |